Selasa, 14 Oktober 2008

Manusia Lalang..............

assalamualaikum...........
kali ini saya tertarik dengan isu politik di negara kita,tapi saya tidak akan mencoretkan isu politik negara tetapi isu pembentukan jawatankuasa kampung di sebuah kampung di selangor....ramai yang telah mengetahui bahawa kerajaan di selangor adalah kerajaan pakatan rakyat yang didominasi oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR).setelah UMNO tumbang di selangor hampir kesemua ketua2 kampung meletakkan jawatan kerana berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang memerintah.....maka hebohlah seluruh kampung di selangor untuk melantik ketua kampung dan JKKK,yang seronoknya ramailah ahli ahli UMNO di selangor mula menyertai Pakatan Rakyat,parti yang mereka pilih adalah PKR...kerana MB selangor adalah ahli PKR,dipendekkan cerita seluruh kampung di selangor telah pun berjaya membentuk jawatankuasa kampung kecuali sebuah kampung yang terletak di daerah sepang.....kesulitan ini berlaku kerana MB telah membuat keputusan kampung ini hendaklah memilih ahli PKR yang dilantik untuk menerajui kampung...tetapi kampung ini tidak mempunyai sejarah PKR,untuk mudah difahami hanya 2orang sahaja ahli PKR....apabila puak puak UMNO ini mengetahui hal ini mereka terus mengishtiharkan diri mereka adalah ahli PKR...semata mata untuk menjadi AJK kampung dan mudah mendapat projekkkk.......saya ingin cerita sedikit tentang puak puak UMNO yang menyertai PKR ini....semasa kempen pilihanraya berjalan mereka inilah yang cuba provokasi saya dan rakan rakan didalam PAS menggantung poster dan bendera..mereka jugalah yang membuat bising ketika kami mengadakan ceramah umum di padang...mereka kumpulkan budak budak motor kampung tersebut dan berarak beramai ramai membawa bendera Barisan Nasional melalui tempat ceramah,hanya kedengaran deruman enjin motosikal sahaja pada malam itu.......setelah keputasan pilihanraya berpihak kepada pakatan rakyat.....mereka inilah yang terhegeh hegeh untuk menjadi AJK kampung....mereka inilah yang mengaku ahli PKR....dan mereka inilah yang beriya iya untuk melantik orang mereka untuk menjadi ketua kampung.apabila bakal ketua kampung telah mendapat watikah perlantikan,diadakan lah mesyuarat kampung....perkara yang tidak diduga berlaku...mesyuarat yang diadakan mencetuskan rasa tidak puas hati ahli asal PKR dengan senarai nama AJK kampung yang di buat oleh bakal ketua kampung.....terjadilah pertengkaran mulut antara ahli asal PKR dengan ahli baru PKR yang asalnya adalah orang kuat UMNO di kampung itu....persoalan saya di sini adakah mereka ini akan tetap setia pada PKR sekiranya PKR tumbang pada pilihanraya akan datang?adakah mereka ini akan menjadi seperti lalang,jika angin tiup kekanan..kekanan lah lalang itu, jika kekiri...kekiri kekirilah ia.......waallahualam............

Sabtu, 4 Oktober 2008

Pemuda.........kembalilah

Assalamualakum..........
Apakah yang difikirkan oleh pemuda sekarang...adakah mereka masih memikirkan soal agama?adakah mereka pernah memikirkan kehidupan mereka setelah nyawa telah tiada dalam jasad?adakah mereka pernah memikirkan soal dosa dan pahala?
Para sahabat sekalian...........
jawapan kepada persoalan saya di atas adalah ye........tetapi hanya 20 ke 35% shaja pemuda yang masih memikirkan semua itu.apakah yang difikirkan oleh golongan pemuda yang tidak memikirkan persoalan di atas,di catatan ini saya akan terangkan apakah yang difikirkan oleh mereka ini smue.....
(1)Pemuda hari ini sudah tidak ramai yang memikirkan soal agame...kerana mereka lebih seronok memikirkan soal hiburan....hiburan sudah dianggap bagaikan keperluan harian pemuda masa kini...salahkah untuk berhibur?tidak.......selagi hiburan itu masih berlandaskan agama...tetapi adakah hiburan yang berlandaskan agama yang diikuti oleh pemuda kite,adakah pemuda kite sekarang mendengar lagu2 nasyid dan lagu2 dakwah....TIDAK.....mereka lebih suka mendengar lagu2 yang memuja wanita contohnya JESNITA,FARHANA,dan banyak lagi...
(2)Pemuda hari ini sudah tidak ramai yang memikirkan kehidupan dialam barzakh....kerana mereka lebih suka berseronok-seronok yang boleh mendatangkan kemurkaan allah s.w.t,kite lihat di masjid2,ada berapa kerat sahaja pemuda yang datang ke masjid untuk solat jemaah...dan berapa rami pemuda yang masih duduk ditepi jalan setelah bilal habis melaungkan azan....yang sedihnya ada juga yang tidak endah langsung dengan azan itu dan terus bermain takraw....(ini berlaku depan mata saya sendiri
(3)Pemuda hari ini sudah tidak ramai yang memikirkan soal dosa dan pahala....kerana mereka lebih suka membuat maksiat dan berjudi....mereka ini tidak mempunyai perasaan malu pada orang lain dan tidak takut dengan azab yang maha esa...kenapa saya tulis begitu....saya ada ternampak baru2 ini seorang anak muda yang beragama islam masuk kedai nombor ekor dan membeli nombor ketika bulan ramadhan...kita lihat sekarang berapa banyak anak luar nikah yang di lahirkan di negera kita...paling memalukan sekali hampir 80% adalah orang melayu islam...
Para sahabat sekalian......
Sekarang ini orang bukan islam lebih suka mengikut cara orang islam memerintah,contohnya ada dinegara kita sendiri..seorang pemimpin di sebuah negeri yang berbangsa cina ingin memerintah negeri tersebut mengikut cara umar abd aziz dan meminta supaya rakyat membantu beliau melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar...bayangkan lah wahai sahabat sekalian,seorang yang tidak beriman ingin melaksanakan perintah allah s.w.t, dan percaya bahawa agama islam ini dapat menyatu padukan semua kaum di malaysia.....
Para sahabat sekalian........
sebelum saya mengakhiri catatan ini,saya ingin mengajak semua pemuda2 di malaysia ini marilah kita bersama2 membangun bersama islam dan menegakkan hukum islam di malaysia ini......muhasabah la diri kite semula....apakah yang pernah kita buat untuk meninggikan agama allah ini di muka bumi malaysia ini......sekian terima kasih...waallahualam...........