Selasa, 14 Oktober 2008

Manusia Lalang..............

assalamualaikum...........
kali ini saya tertarik dengan isu politik di negara kita,tapi saya tidak akan mencoretkan isu politik negara tetapi isu pembentukan jawatankuasa kampung di sebuah kampung di selangor....ramai yang telah mengetahui bahawa kerajaan di selangor adalah kerajaan pakatan rakyat yang didominasi oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR).setelah UMNO tumbang di selangor hampir kesemua ketua2 kampung meletakkan jawatan kerana berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang memerintah.....maka hebohlah seluruh kampung di selangor untuk melantik ketua kampung dan JKKK,yang seronoknya ramailah ahli ahli UMNO di selangor mula menyertai Pakatan Rakyat,parti yang mereka pilih adalah PKR...kerana MB selangor adalah ahli PKR,dipendekkan cerita seluruh kampung di selangor telah pun berjaya membentuk jawatankuasa kampung kecuali sebuah kampung yang terletak di daerah sepang.....kesulitan ini berlaku kerana MB telah membuat keputusan kampung ini hendaklah memilih ahli PKR yang dilantik untuk menerajui kampung...tetapi kampung ini tidak mempunyai sejarah PKR,untuk mudah difahami hanya 2orang sahaja ahli PKR....apabila puak puak UMNO ini mengetahui hal ini mereka terus mengishtiharkan diri mereka adalah ahli PKR...semata mata untuk menjadi AJK kampung dan mudah mendapat projekkkk.......saya ingin cerita sedikit tentang puak puak UMNO yang menyertai PKR ini....semasa kempen pilihanraya berjalan mereka inilah yang cuba provokasi saya dan rakan rakan didalam PAS menggantung poster dan bendera..mereka jugalah yang membuat bising ketika kami mengadakan ceramah umum di padang...mereka kumpulkan budak budak motor kampung tersebut dan berarak beramai ramai membawa bendera Barisan Nasional melalui tempat ceramah,hanya kedengaran deruman enjin motosikal sahaja pada malam itu.......setelah keputasan pilihanraya berpihak kepada pakatan rakyat.....mereka inilah yang terhegeh hegeh untuk menjadi AJK kampung....mereka inilah yang mengaku ahli PKR....dan mereka inilah yang beriya iya untuk melantik orang mereka untuk menjadi ketua kampung.apabila bakal ketua kampung telah mendapat watikah perlantikan,diadakan lah mesyuarat kampung....perkara yang tidak diduga berlaku...mesyuarat yang diadakan mencetuskan rasa tidak puas hati ahli asal PKR dengan senarai nama AJK kampung yang di buat oleh bakal ketua kampung.....terjadilah pertengkaran mulut antara ahli asal PKR dengan ahli baru PKR yang asalnya adalah orang kuat UMNO di kampung itu....persoalan saya di sini adakah mereka ini akan tetap setia pada PKR sekiranya PKR tumbang pada pilihanraya akan datang?adakah mereka ini akan menjadi seperti lalang,jika angin tiup kekanan..kekanan lah lalang itu, jika kekiri...kekiri kekirilah ia.......waallahualam............

Tiada ulasan: